Masalah lutut berbunyi
Semakin usia menginjak dewasa, semakin banyak penyakit datang. Jika tidak dijaga dan dirawat dengan baik pasti bertambah teruk. Tak seperti zaman sekolah dulu. Bersukan,beriadah semua tu satu aktiviti wajib setiap minggu.
Tapi sekarang bila dah kerja, makin kurang bersukan dan bersenam. Nak buat sebulan sekali pun susah. Apalah kau ni malas sangat. Stamina pun makin kurang. Joging sekejap dah letih macam buat 14 pusingan. Lepas joging bantai pulak nasi lemak dan roti canai.
Ini antara satu masalah yang aku hadapi sejak akhir-akhir ni. Masalah lutut berbunyi. Korang pernah rasa macam ni tak? contohnya bila duduk, lepas tu bangun. Ada rasa lutut berbunyi tak?
Selalu terasa bila solat, bangun dari tidur. Tapi tidak lah terasa sakit. Cuma rasa nyilu bila dengar bunyinya (krek). Apakah puncanya...mungkin pelincir antara 2 tulang rawan tu semakin nipis. Atau penyakit reput tulang (osteoporosis)
SUSU........aku bukan penggemar susu tepung & susu segar. Kena paksa baru nak minum. Itu pun kadang-kadang mengelat juga dan susu itu MESTI dicampur dengan perasa coklat ke, strawberi ke, kopi ke..tak kisah la, janji bukan susu pure kaler putih tu...mau muntah kalau terbau..kenapa la ye...kecik-kecik dulu boleh je minum susu. Jawapannya aku sendiri pun tak tau. Bukan susu je, air soya fresh pun tak dapat diterima oleh tekak ku. Kalau campur dengan perisa jagung, cincau tu boleh lah gagah. Teruk kan...kalau tak minum susu dari mana kau nak dapat zat KALSIUM ??? jawapanku....ikan bilis kan ada...tempe pun sama...hi hi hi...
Berbalik dengan masalah lutut berbunyi ni tadi. Ku dapat 1 artikel dari halaqah.net . banyak info berkaitan masalah lutut ni. Antaranya seperti di bawah :
Ummi Munaliza:Penjagaan Kaki dan Lutut Sebagai Anggota Pergerakan19 July 2004Susunan ZURAINI YUSOFF
Kaki, terutama bahagian lutut adalah antara anggota yang sering ´didera´ tanpa disedari. Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa memberi peluang untuk ia ´berehat´.
Kita sering terlupa, seperti anggota lain, kaki dan lutut juga perlukan penjagaan. Malangnya setelah berasa sakit, barulah kita mula memberikan perhatian yang kadang-kadang sudah terlewat akibat keadaan kaki yang sudah menjadi teruk.
Dikatakan terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan pada lutut. Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah lutut ini tidak hanya berlaku pada golongan tua.
Antara penyebab masalah pada lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan atau kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan pada lutut.
Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an. Bagaimanapun, serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.
Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.
Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.
Pergerakan ketika melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga akan memberi kesan jika dilakukan berpanjangan. Membongkok dan mencangkung biasanya memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.
Selain itu, berat badan berlebihan juga menjadi penyumbang kepada sakit lutut. Ini disebabkan bahagian kaki terpaksa menanggung berat keseluruhan badan dan kaki sebagai bahagian paling bawah akan menerima bebanan paling banyak. Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan masalah pada lutut ialah tapak kaki rata atau tidak berlekuk.
Ummi Munaliza:
Antara tips untuk menghindari sakit lutut ialah:
1. Sekiranya tugas yang dilakukan memerlukan anda banyak berdiri, elakkan daripada berdiri tegak sepanjang masa. Bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki supaya bebanan berat badan dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki.2. Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk.
3. Sekiranya lutut anda sakit, letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur telentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot lutut ketika tidur.
4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.
5. Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.
6. Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh, ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.
7. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa lutut anda sakit.
8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan. Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, manakala air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.
Ada pendapat lain berkata, sebenarnya masalah lutut yang dihadapi bukan sahaja disebakan kurang senanam. Tetapi masalah yang berhubung kait dengan kekerapan lutut bergesel dengan permukaan lantai yang menyebabkan kehausaan atau permukaan yang tidak bersih membolehkan jangkitan kuman pada lutut. Dan menjuruskan masalah lutut sakit dan bernanah yang teramat sakit yang dapat dirasai. Jesteru itu, bagi mengelakan perkara terjadi adalah menjaga lutut daripada bergesel dengan kurangkan melutut terlalu lama, menjaga kebersihan lutut daripada sebarang kotoran dan menjaga berat badan dan pemakanan bagi mengelakkan berat badan yang berlebihan. Sekian Terima Kasih.
SUMBER: cikmot.blogspot.com
Anda juga boleh layari laman http://sakitanda.com/ atau http://boneandjoints.multiply.com untuk maklumat tambahan
No comments:
Post a Comment