Wednesday, July 27, 2011

Ramadan Al-Mubarak



Ramadan dalam bahasa arab bererti panas atau kering. Biasa digelar “Ramadan Al-Mubarak” iaitu bulan yang suci kerana pada bulan ini dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik seperti matahari membakar tanah.  Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur’an yang bermaksud:
Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari . Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Itulah serba sedikit maklumat tentang bulan Ramadan atau bulan puasa. Dalam bulan Puasa ini banyak aktiviti yang akan dilakukan oleh umat Islam. Bermula dari terbit fajar hingga terbit fajar seterusnya. Begitulah ia berlarutan hingga selesai Rukun Islam ke-3 ini. Mari kita lihat aktiviti yang masyarakat kita lakukan ada dalam bulan puasa.




BERSAHUR
Sebelum berpuasa, umat Islam disunatkan bersahur. Sahur membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Ia dilakukan sebelum waktu imsak, iaitu sebelum terbit fajar. Sahur adalah makan pagi sebelum berbuka.



BERSEDEKAH
Bersedekah amat dianjurkan Rasulullah. Menurut riwayat al-Baihaqi dari Aisyah radhiallahu ‘anha, “Jika Rasulullah saw. memasuki bulan Ramadhan, beliau membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta”. Selain bersedekah, kita dapat memberi makanan untuk berbuka kepada saudara kita yang tidak mampu dalam bulan puasa.


BERBUKA
Berbuka adalah aktiviti yang paling dipopular. Ini kerana setelah seharian berpuasa, waktu berbuka yang dinanti-nanti. Semasa berbuka puasa , disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis seperti kurma serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.




SOLAT TARAWIH
Dalam bulan ramadan ini, solat tarawih menjadi aktiviti selepas berbuka. Solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama’ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama’ah.


MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR 
Dimalam-malam dlebih mudah untuk beramal.
Bulan Ramadhan merupakan anugerah dari Allah sebagai lambang kasih sayang Allah kepada kita. Jadi marilah beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas.  “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (QS. Al-Baqarah: 183).
Allahu a’lam.



sumber dari: http://nuang.wordpress.com

No comments:

Post a Comment