Friday, July 29, 2011

Kisah Berdikarinya Abdul Rahman bin 'Auf

Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.
Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.

Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah)  dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.
Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.
Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.
Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, beliau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau  pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.
Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama Allah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.

Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan diri dari penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahagiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.

Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.
Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.

Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.

Thursday, July 28, 2011

PEREMPUAN DALAM AL-QURAN

Dari Ummu Salamah r.a.: Aku bertanya kepada Rasulullah Saw,
“Mengapa kami kaum perempuan tidak disebutkan (keutamaannya) dalam Al-Quran sebagaimana kaum laki-laki?”
Rasulullah Saw. tidak segera menjawab. Namun, pada waktu yang lain, kulihat beliau berdiri di atas mimbar. Ketika itu, aku sedang menyisir rambut. Setelah selesai menggulung rambut, aku masuk ke salah satu kamar di rumahku. Kupasang pendengaranku di dekat atap masjid yang ketika itu masih terbuat dari pelepah kurma, dan posisinya dekat dengan mimbar masjid. Aku mendengar Nabi Saw. bersabda,
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah Swt. berfirman dalam Kitab-Nya, Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang memeluk Islam, laki-laki dan perempuan yang beriman, laki-laki dan perempuan yang taat [kepada Allah], laki-laki dan perempuan yang [berbuat] benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatan, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut [Nama] Allah, bagi mereka, Allah telah menyediakan ampunan dan pahala yang besar (QS Al-Ahzab [33]: 35).”
(HR Ahmad, Al-Nasa’i, dan Al-Hakim yang menilainya sahih berdasarkan kriteria Al-Bukhari dan Muslim.)
Hadis ini menunjukkan beberapa hal sebagai berikut :
Pertama, kegelisahan dan kekhawatiran kaum perempuan zaman Nabi Saw. (shahabiyyat) karena Al-Quran tidak menyebutkan mereka sebagaimana kaum laki-laki. Kekhawatiran itu muncul akibat penilaian buruk mereka. Dengan tidak disebutkan dalam Al-Quran, mereka menganggap bahwa hal itu seakan-akan menunjukkan bahwa kedudukan mereka tidak seperti kedudukan laki-laki, meskipun mereka telah menunaikan semua kewajiban yang diembankan kepada mereka. Mereka juga merasa bahwa kebajikan mereka tidak akan pernah setara dengan kebajikan yang dilakukan oleh laki-laki.
Berkenaan dengan makna ayat yang dikutip dalam hadis di atas Al-Ahzab: 35), Muqatil berkata, “Ummu Salamah dan Anisah binti Ka’ab dari kalangan Anshar berkata kepada Rasulullah Saw., `Mengapa Allah menyebutkan laki-laki, tetapi tidak menyebutkan perempuan sedikit pun dalam Kitab Suci-Nya? Kami merasa khawatir bila kami tidak boleh berbuat kebajikan. Kemudian, turunlah ayat tersebut.” Demikian disebutkan dalam Tafsir Al-Baghawi.
Diriwayatkan bahwa sepulang dari Habasyah beserta suaminya, Ja`far bin Abi Thalib, Asma’ binti Umais menemui isteri-isteri Nabi Saw. seraya berkata,
“Adakah ayat Al Quran yang diturunkan berkenaan dengan kita?”
Mereka menjawab, “Tidak ada.”
Lalu Asma’ menemui Rasulullah Saw. ia berkata,
“Ya Rasulullah, sesungguhnya kaum perempuan berputus asa dan merugi!”
Rasulullah Saw. bertanya,
“Apa sebabnya?”
Asma’ menjawab,
“Karena kebaikan mereka tidak disebutkan—dalam Al-Quran—sebagai mana kaum laki-laki.”
Kemudian, turunlah ayat tersebut.
Kedua, hadis di atas menggambarkan cara Al-Quran memberikan ketenangan kepada kaum perempuan dan menghilangkan kegelisahan dan keraguan mereka. Dalam hal ini, Al-Quran mengungkapkan derajat dan kedudukan perempuan dalam Islam. Al-Quran juga menegaskan, tidak ada perbedaan antara lelaki dan perempuan dalam usaha menggapai derajat tertinggi dalam agama serta dalam memperoleh pahala dan ampunan dari Allah Swt.
Ketiga, hadis di atas menggambarkan perhatian kaum perempuan pada masa awal Islam dalam hal ketinggian cita-cita mereka, semangat (ghairah) mereka dalam beragama, dan keinginan mereka untuk ikut berlumba dengan kaum laki-laki dalam berbuat kebajikan dan mencapai derajat yang tinggi.
Keempat, hadis di atas menjelaskan perbedaan kedudukan dan peranan perempuan dalam masyarakat Islam, serta kadar kepercayaan diri dan keyakinan yang dijamin dalam Islam.
Pustaka
100 Pesan Nabi untuk Wanita Oleh Badwi Mahmud Al-Syaikh

Don't sit on your wallet

dan Salam Sejahtera

Please share this with your husbands, fathers, brothers and male friends.

Your wallet can be real pain for your back and the buttocks, and it can
even lead to shooting pains down the legs. Sitting on a wallet for
prolonged hours every day can compress sciatic nerve which passes beneath
piriformis muscle and leads to piriformis syndrome, low back pain &
self-inflicted sciatica.

The wallet acts as a wedge that forces the pelvis,
spine and body out of alignment. Just as you would not sit on a brief case
or a rock for an extended period of time, you should not sit on your
wallet. Anyone who drives more than a half hour sitting on a wallet, is a
candidate for sciatica or back pain.

The healthiest option is to move the wallet to your front pocket. If it's
must to keep your wallet in your back pocket, you should remove it before
you sit down.
 

cid:image001.jpg@01CC2058.D1F53260

ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ Regards,
M. Amran A. Ghafar 
Shariah Advisory

Wednesday, July 27, 2011

Masalah sakit lutut




KECEDERAAN SUKAN LUTUT BERBUNYI ‘POP’!


Oleh : SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

DENGAN adanya penekanan kepada sukan dan aktiviti lasak atau ekstrem, terdapat peningkatan dalam insiden kecederaan yang berkait rapat dengan sukan, baik bagi pemain profesional mahupun yang bermain secara sosial.

Kita dapat lihat padang bola sepak, lapangan futsal, taman ekstrem dan gelanggang- gelanggang tertutup bagi permainan badminton, bola keranjang, sepaktakraw dan sebagainya yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Maka tidak hairanlah terdapat peningkatan dengan jumlah kecederaan sukan. Tidak hairanlah kebanyakan pesakit adalah terdiri daripada golongan muda, namun golongan yang lebih tua tetapi aktif bersukan tidak terkecuali dari kecederaan ini.

Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik.

Ini termasuklah ligamen krusiat anterior/ depan (ACL), ligamen krusiat posterior (PCL), ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral medial/tengah (MCL), kompleks lateral posterior (PLC) dan meniskus lateral dan medial yang mana semuanya dikategorikan sebagai penstabil lutut statik.

Penstabil lutut dinamik adalah otot-otot yang terdapat di sekeliling lutut yang turut berfungsi sebagai penstabil lutut.

Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada ACL sahaja yang paling kerap dialami oleh mereka yang akrif bersukan.

Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar, ACL merupakan salah satu ligamen yang terdapat di dalam sendi lutut setiap individu.

Ligamen pula adalah tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi di dalam badan kita.

Persoalannya sekarang, dengan wujudnya banyak penstabil lutut, apakah kecederaan pada ACL seseorang itu perlu dirawati?

"Ya, kerana fungsi ACL sebagai penstabil yang spesifik dan unik untuk mengekalkan kedudukan sendi lutut itu sendiri agar tidak longgar pada posisi-posisi tertentu.

"ACL menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau menaiki tangga dan menjadi penstabil untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun pemain bola sepak menukar arah larian ketika berlari (cutting).

"Oleh itu bagi mereka yang mengalami kecederaan ACL pasti mengalami simptom-simptom di atas selain rasa sakit pada lutut tersebut," ujar beliau.

Bagaimana kecederaan ACL boleh berlaku?

Menurut Dr. Khaizatul Ezam, kecederaan ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan, lazimnya secara non-contact.

"Mekanismenya adalah – berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba. Ini dapat dilihat terutamanya pada sukan-sukan yang melibatkan larian dan putaran berlebihan pada lutut seperti dalam permainan bola sepak, futsal, ragbi, bola keranjang dan bola jaring atau digelecek dengan agak keras sewaktu bermain.

"Mekanisme kecederaan ACL dalam sukan melibatkan lompatan pula – sewaktu mendarat, lutut berputar ke arah dalam dengan kaki tetap di atas gelanggang dan ini akan menegangkan ACL dan menyebabkan kecederaan, ia putus atau terkoyak," katanya.

Akan tetapi terdapat juga pesakit-pesakit kecederaan ACL yang disebabkan oleh aktiviti sukan yang lain dan ada juga yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang melibatkan mekanisme kecederaan yang sama seperti kecederaan sewaktu bersukan.

Contoh lain yang lebih jelas adalah dalam sukan rabgi atau American football yang mana seseorang pemain digelecek pemain lawan dengan diasak lutut dari sebelah kiri atau kanan pemain tersebut.

Lelaki atau perempuan?

Kajian ada menunjukkan bahawa perempuan adalah lebih berisiko untuk mendapat kecederaan ACL berbanding lelaki atas sebab-sebab tertentu. Terdapat perbezaan bentuk anatomi tulang dan sendi wanita dan lelaki dan perbezaan juga dalam kekuatan ligamen dan otot, koordinasi dan kontraksi otot.

Perbezaan hormon juga dilihat sebagai salah satu sebab ligamen ACL seseorang atlet wanita lebih berisiko untuk tercedera. Oleh itu, teknik-teknik latihan yang rapi dan intensif dapat mengurangkan insiden kecederaan ACL ini.

Namun ini tidak bermakna atlet lelaki akan terlepas dari kecederaan ACL kerana jenis sukan bagi atlet lelaki juga lebih mendedahkan mereka kepada kecederaan di atas berbanding dengan jenis sukan atlet wanita.

Tanda-tanda kecederaan ACL

"Tanda-tanda seseorang mengalami kecederaan ACL adalah selalunya akan kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi ‘pop’ dari lutut yang berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat dan lutut akan membengkak dengan agak mendadak.

"Pemain selalunya akan tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba memaksa dirinya untuk bermain semula pada waktu itu. Pada jangka masa tertentu, pesakit akan berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan semula kaki untuk berjalan atau berlari akan terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah seperti akan tercabut," jelasnya. Selain itu, akan kelihatan otot di kawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini dianggarkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas kecederaan.

Tambah Dr. Khaizatul Ezam, tanda-tanda yang memerlukan pembedahan segera adalah lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk diluruskan atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut.

Tanda-tanda lain termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, kesakitan yang berkala dan ketidakselesaan pada lutut.

Apakah kecederaan lain boleh berlaku akibat kecederaan ACL?

Disebabkan terdapat struktur- struktur lain di dalam lutut seperti yang disebutkan di atas, organ-organ lain juga mungkin akan terjejas bergantung kepada kekuatan kecederaan yang dialami.

Dengan adanya kecederaan-kecederaan lain bersama-sama ACL, akan menentukan prognosis atau kecepatan pemulihan seseorang itu. Melalui pemeriksaan klinikal oleh pakar ortopedik, akan dapat ditentukan tahap kecederaan ACL dan kecederaan-kecederaan sampingan.

Selalunya kecederaan ACL berkait rapat dengan kecederaan meniskus iaitu pelapik yang terdapat di dalam sendi lutut dan dalam kes yang teruk melibatkan juga kecederaan ligamen-ligamen lain.

Cara mengelakkan kecederaan ACL sewaktu bersukan

Dr. Khaizatul Ezam memberitahu: ‘‘Secara asasnya mengelakkan diri daripada tercedera dalam aktiviti sukan melibatkan disiplin sebelum, semasa dan selepas permainan.

"Keadaan otot yang kuat dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat penting bagi menjamin kekuatan otot sepanjang permainan. Sewaktu permainan pula, keadaan-keadaan menggelecek (tackle) yang keras haruslah dielakkan sama sekali kerana yang menggelecek dan yang digelecek juga bakal tercedera sama.

"Latihan yang rapi juga adalah sangat penting, mempelajari teknik-teknik yang betul untuk melompat dan mendarat dapat mengelakkan dari kecederaan ligamen krusiat. Sesi cooling down juga adalah penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot-otot dan menyalirkan keluar asid-asid laktik yang terhasil sewaktu bermain."

Akan tetapi secara keseluruhannya terdapat juga insiden- insiden yang tidak dapat dielakkan atau tidak disengajakan dan ini akan mengundang kecederaan pada ACL.

BOLEHKAH ACL yang putus atau koyak sembuh sendiri?

ACL yang mengalami kecederaan tidak boleh sembuh dengan sendirinya atas sebab-sebab tersebut di bawah:

1) Bendalir sinovial di dalam lutut yang sentiasa mengalir di dalam lutut akan menyebabkan sel-sel penyembuh dialirkan keluar dari kawasan terputusnya ACL tersebut dan ini menghalang penyembuhan ACL

2) Keadaan ACL yang terkoyak atau terputus selalunya berada pada jarak yang jauh antara satu sama lain dan ini menyukarkan penyambungan semula jadi ligamen ACL tersebut

3) ACL yang putus/koyak akan berada di luar selaput sinoviumnya dan ini menyukarkan pemulihan secara semula jadi.
contoh MRI

Perlukah saya menjalani sinar-X atau MRI?

Ujian sinar-X adalah perlu untuk memastikan tiada keretakan atau kepatahan kepada tulang di sekitar lutut. Ia juga berupaya memberikan gambaran tentang kemungkinan kecederaan rawan.

Selalunya bagi kecederaan ACL, sinar-X akan kelihatan normal selain terdapat gambaran pembengkakan pada lutut. Bagi ujian MRI (pengimejan resonans magnetik) pula, adalah tidak mandatori dilakukan kerana diagnosis kecederaan ACL boleh diperoleh secara pemeriksaan klinikal.

Hanya bagi kes-kes yang kurang pasti kerana kesukaran pemeriksaan (kesakitan amat sangat) atau terdapat kecederaan-kecederaan lain seperti kecederaan meniskus akan dapat dilihat dengan jelas melalui pemeriksaan MRI.

Rawatan

* Peringkat awal : Bagi pemain yang disyaki mengalami kecederaan ACL, hendaklah dikeluarkan segera dari permainan dan tuaman ais digunakan ke atas lutut yang cedera dan bahagian kaki ditinggikan untuk mengurangkan bengkak yang berterusan.

Balutan sementara boleh digunakan dan tidak terlalu ketat dan anduh atau tongkat boleh digunakan bagi memudahkan pesakit berjalan semula.

Sekiranya bengkak keterlaluan, pembedahan kecil mengeluarkan cecair/darah dari lutut adalah perlu untuk mengurangkan kesakitan dan kerosakan berterusan kepada lutut berkenaan, selain memperbaiki pergerakan lutut.

* Peringkat pertengahan : Penggunaan ais boleh diteruskan dalam sela masa yang sesuai dan pendakap lutut boleh digunakan bagi memberikan kestabilan sementara kepada lutut. Penggunaan ais dan pendakap adalah sekurang-kurangnya selama enam minggu.

Dalam masa yang sama otot-otot paha hendaklah dikuatkan melalui fisioterapi dan julat pergerakan lutut diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan pada lutut.

* Peringkat lanjutan : Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL secara artroskopik menggunakan ligamen autocantuman/autograft (Arthroscopic ACL Reconstruction). Pembedahan ini lazimnya akan memakan masa satu hingga satu setengah jam melibatkan rekonstruksi atau pembinaan semula gantian kepada ACL menggunakan ligamen autograft atau ligamen lain sekitar lutut pesakit.

Ligamen-ligamen yang paling lazim digunakan adalah ligamen patela (tempurung lutut) bersama-sama tulang atau ligamen hamstring (otot belakang paha) tanpa tulang. Rekonstruksi boleh dilakukan secara satu urat atau dua urat dan kesesuaiannya adalah bergantung kepada tahap kecederaan pesakit dan faktor-faktor tertentu.

Banyak penyebabnya. Haa kau dulu bersukan tak ingat dunia. Sekarang....baru dapat akibatnya...tapi harapnya tidaklah serius. Hanya mati dan tua tiada ubat.


dipetik dari http://sakitsendi2u.blogspot.com

Ramadan Al-Mubarak



Ramadan dalam bahasa arab bererti panas atau kering. Biasa digelar “Ramadan Al-Mubarak” iaitu bulan yang suci kerana pada bulan ini dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik seperti matahari membakar tanah.  Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur’an yang bermaksud:
Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari . Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Itulah serba sedikit maklumat tentang bulan Ramadan atau bulan puasa. Dalam bulan Puasa ini banyak aktiviti yang akan dilakukan oleh umat Islam. Bermula dari terbit fajar hingga terbit fajar seterusnya. Begitulah ia berlarutan hingga selesai Rukun Islam ke-3 ini. Mari kita lihat aktiviti yang masyarakat kita lakukan ada dalam bulan puasa.




BERSAHUR
Sebelum berpuasa, umat Islam disunatkan bersahur. Sahur membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Ia dilakukan sebelum waktu imsak, iaitu sebelum terbit fajar. Sahur adalah makan pagi sebelum berbuka.



BERSEDEKAH
Bersedekah amat dianjurkan Rasulullah. Menurut riwayat al-Baihaqi dari Aisyah radhiallahu ‘anha, “Jika Rasulullah saw. memasuki bulan Ramadhan, beliau membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta”. Selain bersedekah, kita dapat memberi makanan untuk berbuka kepada saudara kita yang tidak mampu dalam bulan puasa.


BERBUKA
Berbuka adalah aktiviti yang paling dipopular. Ini kerana setelah seharian berpuasa, waktu berbuka yang dinanti-nanti. Semasa berbuka puasa , disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis seperti kurma serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.




SOLAT TARAWIH
Dalam bulan ramadan ini, solat tarawih menjadi aktiviti selepas berbuka. Solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama’ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama’ah.


MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR 
Dimalam-malam dlebih mudah untuk beramal.
Bulan Ramadhan merupakan anugerah dari Allah sebagai lambang kasih sayang Allah kepada kita. Jadi marilah beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas.  “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (QS. Al-Baqarah: 183).
Allahu a’lam.



sumber dari: http://nuang.wordpress.com

Tips menghindari sakit lutut


Masalah lutut berbunyi

Semakin usia menginjak dewasa, semakin banyak penyakit datang. Jika tidak dijaga dan dirawat dengan baik pasti bertambah teruk. Tak seperti zaman sekolah dulu. Bersukan,beriadah semua tu satu aktiviti wajib setiap minggu.

Tapi sekarang bila dah kerja, makin kurang bersukan dan bersenam. Nak buat sebulan sekali pun susah. Apalah kau ni malas sangat. Stamina pun makin kurang. Joging sekejap dah letih macam buat 14 pusingan. Lepas joging bantai pulak nasi lemak dan roti canai.

Ini antara satu masalah yang aku hadapi sejak akhir-akhir ni. Masalah lutut berbunyi. Korang pernah rasa macam ni tak? contohnya bila duduk, lepas tu bangun. Ada rasa lutut berbunyi tak?
Selalu terasa bila solat, bangun dari tidur. Tapi tidak lah terasa sakit. Cuma rasa nyilu bila dengar bunyinya (krek). Apakah puncanya...mungkin pelincir antara 2 tulang rawan tu semakin nipis. Atau penyakit reput tulang (osteoporosis)

SUSU........aku bukan penggemar susu tepung & susu segar. Kena paksa baru nak minum. Itu pun kadang-kadang mengelat juga dan susu itu MESTI dicampur dengan perasa coklat ke, strawberi ke, kopi ke..tak kisah la, janji bukan susu pure kaler putih tu...mau muntah kalau terbau..kenapa la ye...kecik-kecik dulu boleh je minum susu. Jawapannya aku sendiri pun tak tau. Bukan susu je, air soya fresh pun tak dapat diterima oleh tekak ku. Kalau campur dengan perisa jagung, cincau tu boleh lah gagah. Teruk kan...kalau tak minum susu dari mana kau nak dapat zat KALSIUM ??? jawapanku....ikan bilis kan ada...tempe pun sama...hi hi hi...

Berbalik dengan masalah lutut berbunyi ni tadi. Ku dapat 1 artikel dari halaqah.net . banyak info berkaitan masalah lutut ni. Antaranya seperti di bawah :

Ummi Munaliza:Penjagaan Kaki dan Lutut Sebagai Anggota Pergerakan19 July 2004Susunan ZURAINI YUSOFF

Kaki, terutama bahagian lutut adalah antara anggota yang sering ´didera´ tanpa disedari. Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa memberi peluang untuk ia ´berehat´.

Kita sering terlupa, seperti anggota lain, kaki dan lutut juga perlukan penjagaan. Malangnya setelah berasa sakit, barulah kita mula memberikan perhatian yang kadang-kadang sudah terlewat akibat keadaan kaki yang sudah menjadi teruk.

Dikatakan terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan pada lutut. Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah lutut ini tidak hanya berlaku pada golongan tua.

Antara penyebab masalah pada lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan atau kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan pada lutut.

Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an. Bagaimanapun, serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.

Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.

Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.

Pergerakan ketika melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga akan memberi kesan jika dilakukan berpanjangan. Membongkok dan mencangkung biasanya memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.

Selain itu, berat badan berlebihan juga menjadi penyumbang kepada sakit lutut. Ini disebabkan bahagian kaki terpaksa menanggung berat keseluruhan badan dan kaki sebagai bahagian paling bawah akan menerima bebanan paling banyak. Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan masalah pada lutut ialah tapak kaki rata atau tidak berlekuk.

Ummi Munaliza:
Antara tips untuk menghindari sakit lutut ialah:
1. Sekiranya tugas yang dilakukan memerlukan anda banyak berdiri, elakkan daripada berdiri tegak sepanjang masa. Bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki supaya bebanan berat badan dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki.
2. Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk.
3. Sekiranya lutut anda sakit, letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur telentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot lutut ketika tidur.
4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.
5. Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.
6. Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh, ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.
7. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa lutut anda sakit.
8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan. Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, manakala air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.


Ada pendapat lain berkata, sebenarnya masalah lutut yang dihadapi bukan sahaja disebakan kurang senanam. Tetapi masalah yang berhubung kait dengan kekerapan lutut bergesel dengan permukaan lantai yang menyebabkan kehausaan atau permukaan yang tidak bersih membolehkan jangkitan kuman pada lutut. Dan menjuruskan masalah lutut sakit dan bernanah yang teramat sakit yang dapat dirasai. Jesteru itu, bagi mengelakan perkara terjadi adalah menjaga lutut daripada bergesel dengan kurangkan melutut terlalu lama, menjaga kebersihan lutut daripada sebarang kotoran dan menjaga berat badan dan pemakanan bagi mengelakkan berat badan yang berlebihan. Sekian Terima Kasih.


Anda juga boleh layari laman http://sakitanda.com/ atau http://boneandjoints.multiply.com untuk maklumat tambahan