Thursday, August 11, 2011

Serangan Angin Ahmar boleh dipulihkan


Oleh Shahfizal Musa

BANGI, 4 Nov. 2010 – Oleh kerana ramai rakyat masih tidak tahu bahawa pesakit yang diserang angin ahmar boleh dipulihkan sepenuhnya, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) akan menerbitkan satu siri video ringkas bagi menyedarkan orang ramai terhadap penyakit ini.

Professor Madya Dr Hj Ismail Mohd Saiboon, Ketua Jabatan Perubatan yang menerajui Jabatan Kecemasan dan juga salah seorang yang terlibat memulakan projek KRISIS( Sistem Intervensi Serangan Ahmar  Kuala Lumpur ) bertekad untuk menerbitkan siri video itu yang bertujuan menyampaikan satu pesanan saja kepada orang ramai:

Ia itu pesakit yang menerima rawatan segera mampu dipulihkan dan tidak perlu lagi hidup cacat yang memerlukan rawatan pemulihan seumur hidup. Siri video itu akan diterbitkan bulan Januari depan.

Dr Ismail berkata bahawa hampir semua orang pernah mendengar perkataan strok (angin ahmar)  tetapi jahil terhadap serangan penyakit itu atau mempunyai salah tanggapan terhadapnya.

Tahap kesedaran rendah ini menyebabkan orang yang diserang mungkin terpaksa hidup dengan kecacatan atau bertahun memerlukan rawatan pemulihan.

“Berdasarkan pengalaman kami merawat pesakit angin ahmar ini, saya boleh dengan penuh keyakinan berkata bahawa tahap kesedaran mengenainya amat rendah. Malah majoriti tidak tahu bahawa seorang yang diserang ahmar boleh dipulihkan dengan syarat mereka mendapat rawatan segera tidak melebihi 4 ½ jam selepas diserang,” kata Dr Ismail.


Rawatan strok masih kurang pulibsiti

Masalah juga timbul kerana ramai langsung tidak tahu tanda-tanda awal serangan strok dan dengan itu tidak mencuba untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin .

“Apa yang memudaratkan keadaan adalah kebanyakan orang tidak mahu terima yang mereka mungkin diserang penyakit itu. Kajian menunjukan rakyat di sini juga tidak mengetahui simptomnya,” kata Dr Ismail.

Ramai pula beranggapan ia kena mengenai dengan penyakit jantung tanpa menyedari bahawa ia adalah kerana sekatan pengaliran darah ke otak.

Rawatan ‘stroke reversal’ pula adalah suatu yang asing bagi mereka. Fenomena ini tidak terbatas kepada masyarakat umum sahaja, malah ada juga doktor yang beranggapan bahawa rawatan untuk serangan ahmar  hanyalah penjagaan dan pemulihan.

Ia itu harapan mangsa strok hanyalah mengajar mereka menyesuaikan diri dengan kecacatan akibat serangan ahmar, tambah beliau.

“Masa telah berubah. Kita sekarang mampu membantu mangsa pulih seperti sedia kala, tetapi ramai yang masih tidak tahu tentang rawatan ini kerana ia masih baru dan tidak wujud di kebanyakan negara yang menbangun” 


Perbezaan strok dan serangan jantung

Walaupun serangan strok mempunyai persamaan dengan serangan jantung, strok berlaku diotak dan bukanya di jantung. Persamaan kedua-dua serangan ini adalah kedua-duanya disebabkan ganguan bekalan darah. 

Strok terbahagi kepada dua jenis: satu ialah apabila saluran darah yang membekalkan darah ke otak tersumbat. Keadaan ini dikenali sebagai ischaemic strok. Ini adalah jenis strok yang paling kerap berlaku. 

Kedua: strok juga boleh terjadi apabila saluran darah di dalam otak pecah menyebabkan darah keluar ini dikenali sebagai ‘haemorrhagic stroke’. Apa yang terjadi adalah darah yang keluar menjadi beku dan menekan bahagian otak yang terlibat. Ini menjejaskan fungsi organ yang dikawal oleh bahagian otak itu.

“Kedua-duanya mempunyai simptom yang hampir serupa. Tetapi mereka yang diserang strok ischaemic mempunyai peluang lebih cerah untuk  dipulihkan jika pesakit dapat dibawa ke hospital dalam tempoh 4 ½ jam setelah diserang,” kata Dr Ismail.


Bila perlu ke hospital

Tidak seperti serangan jantung yang simptomnya agak nyata seperti sakit di dada. Bagaimanapun otak juga mengawal setiap fungsi dada. Jadi simptom strok tidak terbatas kepada satu keadaan sahaja.

Oleh kerana otak mengawal setiap fungsi badan, maka simptomnya juga pelbagai. Antaranya pesakit sukar memahami apa yang diberi tahunya.

“Dengan itu doktor telah mereka satu kaedah untuk mengenal pasti serangan itu yang orang biasa pun boleh tahu,” kata Dr Ismail.

Kaedahnya dikenali sebagai sistem FAST aitu suatu sistem singkatan untuk orang lihat dan uji pesakit. Iaitu F (face) untuk muka, A (arm) lengan, S (speech) pertuturan dan T (time) atau masa.

Apa yang perlu dilakukan dan diperhatikan ialah:
·     Muka – Lihat apakah kedua dua belah muka seiring. Ini boleh dikesan dengan mudah apabila orang tersebut diminta senyum. Jika sebelah muka kelihatan herot, ini menunjukan ada sesuatu yang tak kena.
·     Lengan- Minta pesakit mengangkat kedua-dua belah lengannya. Jika pesakit  hanya boleh mengangkat sebelah lengannya saja orang itu mungkin mengalami serangan ahmar.
·     Pertuturan- Minta pesakit  bercakap. Jikalau pertuturannya tidak jelas dan tidak boleh menyebut perkataan dengan jelas dan sukar untuk difahami tidak seperti biasa ada sesuatu yang tidak kena.
·     Masa- bila terdapat salah satu dari simptom itu pesakit itu hendaklah di bawa ke hospital dengan segera.

Dr Ismail menyeru agar masyarakat cuba mendapatkan rawatan seberapa segera kerana kelewatan untuk mendapatkan rawatan boleh membawa kepada kecacatan kekal.

“Apa yang mangsa ahmar selalu lakukan ialah mendapatkan rawatan tradisional ataupun menunggu sehingga terlewat baru mahu bawa ke hospital. Kami menyeru agar pesakit dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan bila mendapati simptom itu. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya,” kata Dr Ismail.

Maka itu doktor kini menggunakan istilah ‘serangan otak’ bukannya angin ahmar untuk menunjukkan betapa serious dan cemas keadaan itu.

Ramai tidak mahu menerima mereka diserang ahmar kerana berfikir mereka mungkin terpaksa memakai kain lampin dan membebankan orang lain. Sikap inilah yang perlu diubah, tambah beliau.
 


sumber:  http://pkukmweb.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/514-ukm-many-still-unaware-a-stroke-attack-is-reversible.html

No comments:

Post a Comment