-ringkasan eksekutif merupakan laporan ringkas tentang perkara- perkara yang dilaporkan dalam laporan harian (Buku Log dan sebagainya).
-ia bertujuan untuk memberi latihan kepada pelajar untuk menulis laporan yang berkesan tentang aktiviti-aktiviti latihan industri yang diikuti.
- pelajar juga diberi peluang untuk membuat penilaian tentang keberkesanan latihan yang telah diikuti.
Contoh Format Ringkasan Eksekutif
Bilangan halaman: 6-10 muka surat (selang 2 jarak); tidak termasuk muka hadapan
Saiz kertas: A4
Had ruang teks: 2.5cm dari kiri, kanan, atas dan bawah
Fon: Times New Roman (12pt)
Contoh isi kandungan Ringkasan Eksekutif
a) maklumat tentang pelajar dan organisasi latihan (SATU muka surat sahaja)
- Nama, no.telefon, dan no. pelajar
- Tempoh latihan (dengan tarikh mula dan tarikh tamat)
- Nama dan alamat organisasi latihan (beserta dengan no.telefon dan no. faxs)
- nama dan alamat penyelia latihan (beserta dengan no.telefon dan no.faxs)
- kaedah mendapatkan tempat
- jumlah dan kadar elaun yang diterima
b)maklumat tentang program latihan
- penerangan ringkas tentang organisasi latihan
- senarai tugasan/projek
- jadual kerja
c)penerangan terperinci untuk SETIAP tugasan/projek yang dilaporkan dalam (b)
- tajuk.tugasan/projek
- penerangan tentang tugasan/projek ini
- perkara-perkara yang dipelajari dari tugasan/projek ini
- hubung kait teori yang dipelajari dengan pengalaman praktikal (dengan contoh)
d)kesimpulan dan cadangan penambahbaikan program yang disediakan
Selamat Berjaya
(TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT)
Sumber: Buku Log Latihan Industri Program Sarjanamuda Sains Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia