Friday, November 25, 2011

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN


Pada hari Ahad ini kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Jadi ingin dikongsikan di sini DOA AKHIR TAHUN dan  DOA AWAL TAHUN untuk di baca pada petang Sabtu 26 November 2011 bersamaan 30 Zulhijah 1432H. Sebelum itu, marilah kita ketahui bagaimana tahun Hijrah itu bermula. Kalender Hijrah bermula ketika Khalifah Umar al-Khattab r.a. berunding dengan beberapa penasihatnya dan akhirnya memutuskan untuk menggunakan tahun dimana Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan dalam kalender Islam. Kata blogger lain, ".. Momentum hijrah Rasulullah Saw. dianggap mewakili ‘era baru’, karena bukan halnya saat itu Rasulullah berhasil meloloskan diri dari kota Mekkah yang sudah tidak kondusif lagi bagi perkembangan dakwah beliau namun juga keputusannya untuk berhijrah ke Madinah membawa pelita terang bagi kebangkitan Islam sehingga beliau berhasil membangun pondasi mental dan spiritual bagi umat Islam yang terasa sampai sekarang ini..." Jadi kita digalakkan untuk berdoa di akhir dan awal tahun sebab ia merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Kita juga hendaklah sentiasa berdoa di setiap waktu dan ketika selain daripada doa akhir dan awal tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Juga berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin. Insyallah

Doa Akhir Tahun.

Doa Awal Tahun. 

Sistem 6 Balang

sistem 6 balang adalah sistem untuk kita bahagikan duit yg kita ada supaya kita dapat survive tanpa shortage dalam sesuatu tempoh tertentu dgn membahagikan kpd 6 kategori iaitu SSIEFG:

SPENDING-50%-expenditures(topup,keperluan harian atau kehendak), 
SAVINGS-10%-long term savings for spending(duit kahwin, haji, motor o kereta),
INVESTMENT-10%-financial freedom account(ASB, saham),
EDUCATION-10%-personal development( beli buku, seminar),
Fun n play-10%-to treat yourself(tgk wayang, bercuti, beli belah),
GIVE-10%-to share with others( bg duit kat ayah ibu, sedekah) 




Gambar: En Amirul dan isteri Pn. El

Sedikit perkongsian ilmu oleh En.Amirul dari konferens R.E.A.L Leaders Solution 2011 PICC Putrajaya..Klik untuk layari laman web REAL Leaders Solution
Selamat Mencuba

Thursday, November 24, 2011

RAHSIA TULISAN TANGAN -

Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
- Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp.Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan.Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang.

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf).

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna.
- Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
- Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi.

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Oleh : Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah